Showing posts with label photo. Show all posts
Showing posts with label photo. Show all posts

September 7, 2010

RESIPI ISTANA

Smalam, aku layan channel masakan....RESIPI ISTANA...dua resepi ditayang...tapi satu resipi je yang menarik perhatian aku smalam....IKAN BILIS PETAI GORENG BERLADA....sebab, senang nk sediakan...so, jom cuba resipi ni :

5 ulas bawang merah
4 batang cili merah

dedua bahan ni ditumbuk dalam lesung batu sampai lumat...

Segenggam ikan bilis (yang telah dikopek kulit dan dibasuh)
Sepapan petai (dipotong kecil2 skali ngan kulit)

Goreng ikan bilis sampai garing....biarkan sekejap dalam minyak dengan api padam...tu petua untuk buatkan ikan bilis kekal garing dan rangup...pastu angkat...

Minyak yang dah goreng ikan bilis tadi, jangan keluarkan dari kuali....

Panaskan balik kuali tu dan goreng sambal belada yang dah ditumbuk tadi dan seterusnya masukkan potongan petai tadi...goreng sampai naik bau, then masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi bersama-sama....biarkan seminit dua digoreng...pastu padam api, then biarkan sekejap dalam kuali....

Lepas tu, toskan minyak dari bahan2 yang dah dimasak tadi....

IKAN BILIS PETAI GORENG BERLADA siap untuk hidangan....selamat mencuba!!


~ gambar sekadar hiasan, bukan gambar sebenar, tapi korang try masak dlu, baru tau bentuk dia canne...aku pun lum try lagi ni, baru tgk kat tv smalam...nnt original picture aku upload kemudian ~

July 5, 2010

EMAS PUTIH & PLATINUM

Ramai yang tertanya, APAKAH HUKUM MEMAKAI EMAS PUTIH DAN PLATINUM BAGI LELAKI? soalan ni juga bermain di fikiran aku...mana la tau kan, esok2 nk bagi cincin nikah kat bakal suami, kita confius antara hukum halal dan haramnye...setelah digoogle, aku dapat jawapan ni dari blog Ustaz Zaharuddin ...tapi untuk keterangan lebih lanjut, sama2 la kita dapatkan penjelasan daripada Jabatan Agama sendiri...petikan ini sekadar maklumat tambahan untuk semua...

SOALAN :

Assalamualaikum ustaz, bolehkah ustaz memberikan sedikit huraian berkenaan hukum orang lelaki memakai emas putih dan platinum, adakah harus kerana ia bukan emas seperti emas kuning?

JAWAPAN :

Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah:

"halal buat orang-orang perempuan."

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda:

"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.

Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: 'aurum') dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, "malleable", dan "ductile". Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius. (http://id.wikipedia.org/wiki/Emas)

Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-

White Golds: What are they?

What are 'white golds'? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold. ( Rujuk : http://www.gold.org/jewellery/technology/colours/white.html)

Juga disebut bahawa :-

"White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats." (http://en.wikipedia.org/wiki/White_gold)

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu Haram buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan

Dalam takrifannya Platinum adalah : "Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, "malleable", "ductile", berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil." ( Rujuk : http://id.wikipedia.org/wiki/Platina )

Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Sekian

-UZAR-

June 28, 2010

RUMAH AWANG ALAK BETATAR


(pic from google)

Rumah yang agam....ramai yang tak tau milik siapa....kat internet pun tak banyak kisah tentang RUMAH AWANG ALAK BETATAR yang tersergam indah di Jalan Ampang Kuala Lumpur ni...tapi, dengan pengetahuan yg cetek tentang rumah ni, aku dapat tau rumah ni adalah Istana Hinggap Sultan Brunei...Majlis Perkahwinan Diraja Sultan Brunei pernah diadakan di Istana Hinggap Rumah Awang Alak Betarar ni...aku teringin sangat nk masuk dalam Istana Hinggap ni...bila agaknye? dari luar nampak gah sangat...kat dalam dia agaknya macam mana? kalau diberi peluang explore Istana Hinggap ni, alangkah best giler...

Ada sapa2 nak kongsi cerita tentang Rumah Awang Alak Betatar dengan aku? yang pernah masuk ke? teruja untuk mengungkai lebih lanjut tentang Istana Hinggap ni...

~ jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiii ~

June 23, 2010

C.I.T.A.C.I.T.A



Cita-cita: MAHU KURUS (sikit pun takpe).

Maka aku, rakyat Malaysia, berikrar, akan menumpukan, seluruh tenaga dan usaha aku, untuk mencapai, cita-cita tersebut, berdasarkan atas prinsip2 yang berikut :

1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Diet tahap gaban
3. Pastikan diet mmg tahap gaban
4. Mesti kempis sebelum minggu kedua bulan depan
5. Nyah nasi dari santapan

korang, pastikan aku tak ke cafe atau kawasan yg ada makanan berkolesterol tinggi...

tapi esok, sehari, ada excuse, sebab ada org nk blanje kepsi...rezeki jgn ditolak...dosa...

sekian.

June 3, 2010

LEAVING CREATURES



Pokok ini telah tumbuh gembira di sudut balkoni rumah aku...mcm pokok paku-pakis pun ada...ralyna , anda ada komen terhadap kehidupan ini? Mungkin kita terlalu sayangkan makhluk2 berspesis tumbuhan, so ada yang nk tumpang sekaki dambakan belaian manja tuan tanah...aku nk cabut pokok ni pun aku cm kesian, dia pun makhluk tuhan...*pitam.

June 2, 2010

MV Rachel Corrie to Mavi Marmara

Maaf! tiada food porn untuk posting kali ni...ahkak DIET.


So aku letak gambar aku je...korang makan aku je cukup...eh eh, tak perlu...tak perlu makan aku sebab aku bukan makanan...cuma, boleh menjamu mata saja...terkesima? tak dapek den nk nolong...huhu...dek non ajalalala (merasalah blog dilink, saje kasi dek non femes), jgn tension, ni blog ahkak, haruslah gambar ahkak sajork...ko nak meh datang sini bergambar sama2 ngan ahkak tentu gambar ko ada di sini..hehehe..


Haihhhh...*mengeluh panjang...too little time so much to do...yang terbaru, aku dok pk pasal sukarelawan Malaysia yang terkandas dekat Kapal Mavi Marmara tu...hello, ahkak berjiwa rakyat okey, masalah rakyat masalah ahkak jugak....agaknya, mcm mana la keadaan sukarelawan Malaysia yg sedang belayar menaiki Kapal MV Rachel Corrie menuju ke wilayah Palestine tu?...perkara ni pun jadi satu isu yang aku rasa patut aku ambil tahu jugak...sekurang-kurangnya, kita sama-sama berdoa semoga misi sukarelawan Malaysia untuk menyelamatkan saudara-saudara kita di bumi Gaza tercapai...dan semoga sukarelawan yang berada dalam tawanan Israel dalam Kapal Mavi Marmara berada dalam keadaan selamat dan dilindungi Allah S.W.T.....dan, semoga Allah S.W.T melindungi orang-orang Islam di Palestine dan panjangkan umur mereka...amin.

May 20, 2010

MAMAK MERAJUK.

Korang pernah dengar tak MAMAK MERAJUK? meh sini biar aku citer..di suatu petang yang hening, hujan renyai2..lepas pulang dari kantor dari atas bukit itu, aku dan kak linda ke restaurant mamak Ali Maju terdekat..kami nak ngeteh petang tu, sambil bergosip..

Masa tu, hujan masih renyai..kami decide nk duduk kat tingkat atas, tapi mamak tu kata, kat atas tak buka..so, kami duduk kat one side belah bawah restaurant tu..belum sempat kami duduk, sorang mamak ni dah tanya kami nk minum apa..kami baru je sampai..so kami swoh mamak tu sabar jap..mamak tu masih berdiri tepi meja dengan kertas dan pen di tangan..pastu kami tiba2 ubah fikiran nk duduk kat bahagian luar restaurant memandangkan kat dlm tu tpt dia tak sesuai untuk bergosip, terlalu ramai orang...

so kami move ke bahagian luar, yang lebih selesa dan berangin..mamak tu masih ikut kami..lalu mamak tadi bertanya lagi, "mau minum apa kak?"..kami berdua tak sempat duduk lagi..ini menimbulkan kemarahan..kami jwb "sekejap la mamak, sabar boleh tak?"..walau dlm kemarahan, nada jawaban kami masih lagi ayu dan lemah lembut..tapi entah kenapa, mamak tu sentap pulak, dan terus berlalu dengan muke mencuka..hek eleh..majuk plak mamak ni..pesal sentap tetiba kan..sebelum tu kak linda ada ckp "customer is always rite".. then, dia balas balik "banyak order nak amik".. (padahal x ramai mane pun orang).. tanpa sepatah kata, dia berlalu pergi..aku dan kak linda terpinga-pinga sambil gelak disebabkan tak pernah tgk mamak merajuk, dan terasa perkara tu adalah lucu..wakakaka..

lalu, kami panggil mamak lain utk ambil order kami..sib baik mamak kali ni penyabar..mana ko tau mamak ni penyabar? dari gaya senyumannya, keikhlasannya, kami tau dia penyabar..ahahaha..kami makan roti telur dan minum teh ais 3 layers..

telefon aku tetiba bunyi, ada msg dari adyna..katanya minta bungkus teh ais..dengan rasa tak bersalah dan lupe yang kami telah buat MAMAK MERAJUK tu merajuk, aku pun terus lambai tangan kat MAMAK MERAJUK tadi..korang tau ape reaksi dia?..DIA JELING BEB, DAN TERUS GI TEMPAT LAIN..padahal dia nampak tu ahkak panggil dia..sangat tak kuasa okeyy..MAMAK MERAJUK wooooo..

Smalam...nk dijadikan citer, aku dan sorang kawan lama, telah makan di restaurant yang sama..kebetulan, mamak yg amek order kami, adalah MAMAK MERAJUK tu..aku tahan gelak je depan kawan aku tu..lepas selesai dia amek order kami, kawan aku terus tanya, "kenapa awak ketawa?"..aku pun teruskan bercerita tentang insident di atas kat kawan aku tu..terus dia pun gelak...

masa MAMAK MERAJUK tengah kira bil kami, aku curi2 snap gambar dia..wakakakaka..berjaya..dan kebetulan masuk msg kak linda..aku terus cll kak linda, dan bagitau aku telah berjaya snap gambar MAMAK MERAJUK tu..kak linda pun ketawa tak hengat..harus tag kat facebook ni..habislaaaa, jadi bahan la MAMAK MERAJUK dlm facebook nanti..inilah dia wajah MAMAK MERAJUK itu..kacak bukan?


harap2 MAMAK MERAJUK tak baca blog aku dan beliau takde facebook..sepanjang aku minum kat restaurant mamak, tak pernah lagi mamak merajuk dengan kerenah customer..ini lah kali pertama..selalunya, mamak penyabar orangnye..tak pernah dorang kecik hati atau sentap dengan customer..tapi, inilah sejarah..adakah sejarah mungkin berulang?? haalupikirlah sendiri...nah! amek roti sardin ngan roti telur untuk tatapan...(menu petang smalam...)


sekian, tamatlah kisah MAMAK MERAJUK.

May 19, 2010

JALAN2 & MAKAN2 & PHOTOSHOOTING

Last two weeks, aku follow adyna balik kampung, kat Mersing-Johor...dalam perjalanan ke Mersing, singgah sebentar di R&R Seremban untuk mengalas perut....alas sangat kan, makan kfc uol...ni kalau izzy tau, mesti dia tension je...member dalam mood diet pyramid teratas tu..kikiki...diet aku dan adyna? hancuss....


Masa kat Mersing, aku dapat try satu lagi nasi ayam yang diwarwarkan kesedapannya...Nasi Ayam Baser...kalau org Mersing ni mesti tau....famous la jugak Nasi Ayam Baser ni, banyak gak branch dia...tak silap aku ada satu branch dia kat Bangi...bagi aku, nasi ayam dia sedap...boleh la kalau nak pegi lagi...style presentation utk food dia lain dari restaurant nasi ayam yang lain, kalau makan lebih dari seorang, ayam akan disediakan dlm satu pinggan berasingan...boleh request portion ayam...nk suku ke, separuh ke, seekor ke....tu yang menariknya kat Nasi Ayam Baser...


Dua hari kat Mersing, seronok juga, makanan kat sana murah2...cuma tak dapat nk shopping kat sana sebab time ikut adyna balik Mersing, aku dlm keadaan yang kekurangan cash...tak padan dengan takde duit sgt dlm tangan, aku dan adyna singgah Melaka untuk photoshooting...photoshooting yang gedik...huhu...enjoy jugak walaupun berposing ala2 sajork...Manto, rakan sekerja adyna juga turut serta dalam trip ke Melaka ni...


Penat posing, balik of course lah cari tpt makan dlu...coz masing2 pun mmg tengah lapar, hari pun nk malam dah time tu...kami bertiga singgah di satu restaurant tepi jalan, tapi aku tak ingat pe nama tempat tu...orang Melaka sure tau kot...tpt makan ala2 rimba gitu...Gaya Rasa Selesa kot nama restaurant tu (berpandukan pada resit satey yang ada atas meja makan tempohari)...yer, kami makan satey sebagai pembuka selera...


Satey dia best...mmg rasa rempah pada daging tu...isi pun lembut...cuma, kuah kacang dia je tak berapa nk wow sgt...lepas makan satey, menu utama pun sampai...nasi putih bersama lauk pauk...tomyam campur, kerabu ayam, ayam goreng kunyit dan telur dadar...


Simple menu but kami mmg full time tu...rasa malas2 + ngantuk...perjalanan masih jauh, nak balik Putrajaya...tapi we had fun on that day...penat , tp mmg trip yg menarik...esoknye, keje uols...haruslah masing2 jadi Cik Lesu mengharungi Lazy-Monday....

*merasalah, kesah dua minggu lepas baru nk crita...layan je lah....

*pembetulan : Restaurant Gaya Rasa Selasa tu aku dah tau nama sebenar dia - SRI PERCIK...jadi, silalah abaikan nama Gaya Rasa Selesa itteww...wakakakaka....

April 7, 2010

N.A.S.I.K.A.N.D.A.R.vs.N.A.S.I.K.U.K.U.S

Semasa bercuti di Batu Feringgi tempohari (malas nk berceloteh lebih tentang ini trip), aku dan 3 lagi makhluk telah turun ke Penang Road untuk menjamu selera di Hameediah Restaurant...pekena nasi kandaq dan beriani...kalau orang Penang mesti tau Hameediah Restaurant femes kat Penang Road tu...lauk kami tak amek banyak la, coz masing2 tak mempunyai selera yang besar time tu...ni dia :


Sebenarnya dah lama aku tak snap foody pic ni...tu yang malas je nk update....plus, kerja yang tak menentu di pejabat menyukarkan aku untuk melayari blog buat masa ni...untuk tidak menghampakan penjenguk blog ni, kupersembahkan jugak latest posting untuk kamu2 semua...

Tadi tengahari aku makan kat Presint 16, Putrajaya bersama Mek Lyna...hidangan aku tengahari tadi Nasi Kukus Ayam Kampung....ni dia :


Selamat menjamu selera wahai tetamu blogku yang setia ;)

March 2, 2010

F.O.O.D.P.O.R.N.the series.

Kami dah pindah rumah baru ( i mean my family )...no longer in 'that' place...aku masih kat putrajaya...cuma weekend saja bertandang ke rumah keluarga...so tired punggah barang2 pindah...kalau sket takpe...ni dua lori...letih den...3 hari berturut-turut operasi memunggah dan mengemas...yang tak boleh blah, orang2 tua kat kawasan kejiranan aku tu, buat tak reti je masa kitorang dok pindah barang masuk dlm lori...yang tolong kami cuma geng2 makcik tingkap mak aku ngan anak2 dorang...budak2 je beb tolong...teruk betul...dulu 'that' place sangat muhibah and very helpful, but now, org2 baru dah mcm cilakak...nasib korang la lepas ni dah takde orang nk tolong korang masak2 kat situ...dah takde orang yang korang leh minta pinjam duit...minta pinjam barang2 masak...minta ini minta itu...The Best Chef ever kat situ (yakni mak aku) dah berhijrah ke tempat lain...rasain!!

Rumah baru agak kecik, tapi cukup la untuk mak dan adik bongsu aku tinggal buat sementara waktu...ada rezeki esok lusa beli rumah sendiri or maybe bila dah lama2 sok mak nk pindah duduk kat kampung...sekali sekala kami adik beradik balik untuk berkumpul...janji bahagia...even rumah kecik, tapi aku hope hubungan kami akan terus kekal dan aku, mak and adik2 yang lain hidup happy smp bila2...

Now mak dah berhenti kerja dan uruskan perniagaan makanan di sebuah food court area KL together with my auntie...kira dorang join venture la...nnt akan buka stall kat pasar tani putrajaya jugak...geng2 yang dok putrajaya, nnt hari jumaat jangan lupa datang kat stall mak aku...aku pun tak berapa sure pe food yang dorang nk jual nnt...akan diberitahu kemudian..di samping tu, kalau korang nk order apa2 food dari mak aku, bagitau la...mak aku dan auntie buat juga katering kecik2 ni...

Rumah baru mak aku di AU3 Keramat...yang bestnye kat area situ banyak kedai makan and mamak 24hrs (penting okey tpt makan)...malam Ahad yang lepas, aku + mak + bro jaie + wife bro jaie ke satu western restaurant kat AU2 Keramat, FISKE STEAKHOUSE...

kat sini, western food dia adalah yang sedap pernah aku rasa + murah + big portion...kebanyakan ingredient yang digunakan mcm homemade ingredient...the sauce, the mashed potato, the gravy...mmg terasa lah original dia...di sini dipaparkan beberapa menu yang ada kat FS tu...ordered by us dat nite...


Special Chiken Chop (grilled) @ RM14.00


Normal Fish n Chip (deep fried) @ RM10.00


Pan Roasted Filled Dory (grilled) RM12.00


Set Asam Pedas Melaka @ RM10.00

Tempat makan pun romantic + selesa...kalau korang nk celebrate anniversary ke ngan kekaseh hati, or nk buat family gathering ke, geng gathering ke, boleh la lepak kat Fiske Steakhouse ni...senang nk cari....tepi jalan je kat AU2 tu...cubalah... ;)

February 23, 2010

F.O.O.D.Y P.O.R.N

Setelah sekian lama menyepi, tuan tanah nk sebarkan foody porn terbaru...NASI AYAM CHEE MENG....korang mesti pergi makan kat sini....suggested by the Director of FOODY PORN...


Terimalah THE FOODY PORN dari tuan tanah....layan...


Aku dan Sarra ke Bukit Bintang semata-mata nk makan kat Restaurant Nasi Ayam Chee Meng ni je...antara menu2 terpilih : Roasted Chicken Rice, Thai Style Mango Salad (Kerabu Mangga), Bean Sprouts with Oyster Sauce, Kam Heong Prawn dan Coke....


Roasted Chicken ;)


Thai Style Mango Salad (Kerabu Mangga)


Bean Sprouts with Oyster Sauce


Kam Heong Prawn

We both enjoyed the great food last day....Hailaaaaa....aku sendiri tengok gambar2 food ni pun aku terliuq balik....mcm nk gi lagi je petang ni....

The Board of Directors fo FOODY PORN....aku dan sarra....huhu...sara, bila lagi mau terjah? and DIVA2 PIRAMID TAHAP TERATAS (to whom it may concern), bila lagi?

Korang, semoga kenyang ;)

...till we meet again...

December 28, 2009

.M.I.S.I.naikkan.B.E.R.A.T.badan.

The Pic tells how delicious they are...hehe... ;)

nasi berlauk...


tom yam campur kaw punyer...


kerabu sotong...


telur dadar...


ulam2 + sambal belacan...


kailan ikan masin + lala goreng cili...

and the dessert...........

cendol best...

silalah menjamu mata...hehehe ;)

December 21, 2009

P.E.O.P.L.E.change

-forests secret-

now, i change to this....i nk try dlu...nnt i bagitau keberkesanannya pada mereka2 yang cintakan penjagaan kecantikan rambut, muka, badan dan barang2 kosmetik...ahkak mmg suke experiment diri sendiri dlu sebelum diperkenalkan kepada rakan2....

product2 dia kire new jugak la...lebih kurang mcm Body Shop nye products...tapi harga boleh dikatakan 'mampu milik' la...bahan2 yang digunakan berasaskan herbal dan bahan2 semulajadi...ahkak dah daftar jadi dealer tau...nnt kalau berkesan, haruslah korang order dari ahkak occey....tak kire, order jugak walau satu product..*matilah memaksa....heheh

p/s: ahkak takde smp ahad ni (kemungkinan) jadi ahkak tak berblog utk beberapa hari....tp jangan lupe click2 en.n.u.f.f.n.a.n.g ahkak tu skali kalau korang blogwalking...sian dia ditinggalkan, teman2 la dia kay.... ;)

December 17, 2009

MAKAN dan MAKAN lagi.

jom makan lagi...
time ni aku mkn dengan rita maziha...kawan lama...kaki makan jugak minah tu...dia mkn nasi ayam kampung dan aku mkn nasi goreng kampung...waktu ni di Warisan, Putrajaya...waktu suntuk nk gi mkn kat tpt lain coz time ni lunch hour...
Nasi Ayam Kampung @ Taman Warisan, Putrajaya


Nasi Goreng Kampung @ Taman Warisan, Putrajaya

rasa rindu nk makan steamboat @ johnny's...so petang tu plak ajak kak linda makan kat alamanda...sambil shopping...haruslah kalau ngan minah ni, pi alamanda mesti nk shopping...letih ahkak...b4 shopping we both isi perut dlu...

Steamboat @ Johnny's Alamanda

Thai Tea, my favourite drink @ Johnny's Alamanda

smalam makan lagi ngan kak linda...konon2 nk g shopping lagi, tapi tak jadi...so kami decide gi layan cendol @ bangi...tiba di tempat kejadian, cendol abis...so, we both makan ABC and mee rebus...aku mcm rasa sakit perut arini...mungkinkah kerana mee rebus atau ABC smalam? CSi menunjukkan, makanan terakhir yg masuk perut mangsa (aku) adalah mee rebus dan ABC...tapi kak linda takde la sakit perut pun...musykil ni...smp skang...

ABC + Mee Rebus @ Bangi

hari ni aku n kak linda (lagi) ke alamanda masa lunch...perut aku masih tak sedap dan tak teruja pun nk makan apa2 yang marvelous...cuma bubur nasi dan air cincau sahaja...kak linda mkn asam laksa...tak sempat pun nk shopping, masa tak mengizinkan...so, pulang ke pejabat....

Bubur Ayam @ Lemongrass Alamanda

cukup setakat ini...esok ahkak nk balik kl...nak makan masakan bonda pulak...till we meet again.... ;)

December 10, 2009

U.R.A.T.S.E.R.O.N.O.K.P.U.T.U.S.lagi

ahkak moody arini...sapa2 yg ahkak malas nk layan tu, paham2 je lah, pls jgn dekat ngan ahkak ok...erm..x sker hari ni....x ske fb...x ske x ske x ske...x ske tahu password email dia...buat aku makin tak percaya...

aku tak ske mood mcm ni..aku tak ske bila benda ni dtg lagi..kadang aku rasa 'i m okey with it'...kadang aku rasa 'no, i m not okey with it'...

yg sebenar-benarnya, aku mmg not okey with it...coz ada sejarah hitam yang masih aku tak dapat lupa smp hari ni...bila dah ada yg baru pun, masih pudar sifat kepercayaan itu...kenape kenape kenape????????


aduhhhh, kenape la susah sgt aku nk percaya ni? kenapa t.r.u.s.t itu masih tak kuat? x ske feeling mcm ni...sebab feeling mcm ni melebihi feeling seronok...atau mungkin urat seronok aku dah putus beberapa utas (again?) disebabkan urat ketidakpercayaan tumbuh bercabang-cabang...ape aku merepek ni?!

December 8, 2009

.B.E.R.K.A.B.U.N.G.tapi.M.A.K.A.N.tetap.

BERITA SEDIH :

JUMAAT ARITU > first of all, nk bitau, che tom dah arwah...kembali ke rahmatullah tepat jam 8.30 mlm hari Jumaat lepas...selamat dikebumikan di tepi tasek Presint 18...sedih rasanya...i miss che tom...che tom mati mengejut...tak tau la pe dia mkn coz setahu aku kat umah aku tu takde sebarang racun...che tom sakit agaknye, tp aku leh tak perasan...or maybe che tom kecik sgt untuk aku pelihara...arwah maybe rindukan mak dia...and ada yg ckp, anak persian cat ni susah nk jaga...aku pun tak dapat bagi perhatian penuh kat dia sebab slalu balik keje lambat...

aku rasa agak teruk la sebab tak pasal2 che tom mati...kepada pecinta kucing, jgn salahkan aku dlm perkara ni, aku tak sengaja...aku juga pecinta kucing, cuma kecuaian aku menjaga che tom tidak disengajakan...apa pun, aku rasa lega sikit la sebab che tom mati pada hari Jumaat, tentu skang dia dah ada di syurga bersama bidadara2 kucing yg jaga dia dengan baik...alfatihah untuk che tom.

sejak kematian che tom, aku rasa sunyi...walaupun baru dua minggu aku jaga dia, aku rasa che tom dah mcm kawan aku sendiri...nangis aku bile tingat dia...tapi, nk buat canne, dah takdir...c.h.e.n.t.a.h.a.t.i ckp, jgn sedih, nnt dia carikan kucing baru, nama Che Det...erm, mampu ke aku nk jaga kucing lagi? nnt dulu lah..ahkak tengah berkabung 7 hari 7 mlm ni...


BERITA MAKAN :


SABTU ARITU > aku ngan lina gi lunch kat bangi..apa tah nama medan selera tu...best gak la kalau lunch kat situ sebab banyak choice...lupe nk snap pic lauk-pauk kat situ...sambil tu lina pi hantar kereta untuk dicuci...lepas settle, kami ke warta, beli belah kat Romantika...walaupun takde duit tetap nk membeli...tapi, barang2 kat situ mampu milik, so pe lagi...huhu...lepas penat jalan2 kat warta, kami ke gerai kuih-muih dan cendol di satu sudut kat area bangi tu...tak ingat juga apa nama tempat tu, tapi kire femes gak lah...mcm jenis kuih, cucur, goreng pisang dll ada kat situ...

cm biasa aku ngan lina kalau gi situ mesti nk pekene cendol...sedap betul cendol kat situ..murah je...cendol special satu mangkuk $1.30 je...haihhh, cm nk cendol plak skang ni..tapi nk cendol yang kat situ gak...linaaaaaaaa.....


AHAD ARITU > pepagi lagi dah bangun masak nasi lemak dan sambal tumis ikan bilis..waah, masak gitu weekend..tak la sesedap nasi lemak yang bondaku masak..simple2 je cukup la untuk kami dua org bujang makan..janji rasa lemaknye tu...


tengahari lina gi dating, tinggal gak aku sorang...so decide jenjalan kat alamanda...niat di hati nk jenjalan je, tapi teringat prosperity burger kat McD..so ape lagi, melangkah ke McD sensorang dan menikmati keenakan prosperity ittew..haiyak, gemuk sudah..


ISNIN SMALAM > keje. tak makan benda yang menarik pun..petang gi ngeteh ngan sis linda..makan roti telur aje...lepas ngeteh, aku tetiba terfikir nk masak spaghetti untuk esoknye (arini la tu)...so aku pun pi cari barang2 nk masak spaghetti...lalalalala....


ARINI > berjaya masak spaghetti pagi ni...cukup dihidang untuk satu office...untuk lina satu tupperware, untuk sis linda satu tupperware, untuk Jen satu tupperware...and the rest aku letak dlm bekas besar dan hidang untuk staff2 kat department ni...alhamdulillah sedap kate mereka...bonda pesan, kalau nk bagi orang makan, kene buat dengan ikhlas, baru sedap...jgn buat sambil lewa, kite nk jamu orang, mesti yang elok2...rindu pulak kat adik2 aku...lama tak masak tuk dorang...


to yzzi, lenkali dok dekat sket ngan aku, leh aku tapau spaghetti tuk ko skali..ni asyik majuk sebab tak dapat makan masakan aku...ala, lek ar sis, u kan nk kurus, mane leh makan banyak2, nnt rugi duit bayar Gym tu :P ...

daaa, till we meet again.